Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad

KUANTAN – Kemusnahan masjid dan surau di Pahang akibat banjir akibat monson timur laut baru-baru ini dianggarkan berjumlah RM 2.5 juta.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Pahang, Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata, terdapat 44 masjid dan 46 surau di 10 daerah terjejas akibat bencana itu.

“Sebanyak 90 masjid termasuk surau yang terjejas membabitkan daerah Bentong, Raub, Lipis, Jerantut, Temerloh, Bera, Maran, Kuantan, Pekan dan Muadzam Shah di Rompin.

“Sebahagian lagi kos pemulihan akan dibiayai Kerajaan Pahang, Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) serta sumbangan pelbagai pihak,” katanya di sini hari ini.

Menurut Syed Ibrahim, proses mengenal pasti kerosakan untuk sudah dilakukan dan terdapat masjid dan surau yang mengalami kerosakan struktur.

Tambah beliau, selain mengalami kerosakan permaidani, sistem pembesar suara, pendawaian elektrik, perabot, tandas dan dataran terdapat terdapat masjid dan surau yang tenggelam sepenuhnya dalam bencana banjir tempoh hari.

Berikutan itu, beliau berharap kerosakan tersebut dapat dibaiki segera. – MalaysiaGazette