KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perlis sedang mengesan dua individu bagi membantu siasatan kes.
Suruhanjaya itu mencari Nur Hazirah Mohamad Yusup, 32, dengan alamat terakhir di No. 38 Persiaran Taman Meru 16, Taman Meru 2C Jelapang, Ipoh, Perak.
Sementara itu, individu kedua yang sedang dikesan SPRM ialah Mohamad Firdaus Ab. Rashid, 40, di alamat 7251 Pongsu Seribu, Kepala Batas, Pulau Pinang.
Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai dua individu tersebut diminta menghubungi pegawai penyiasat kes iaitu PPs Mohd. Shahril Md. Shariff di talian 04-9761982. – MalaysiaGazette