KUALA LUMPUR – myTukar mengunjurkan jualan kereta terpakai meningkat antara 15 hingga 20 peratus pada tahun ini.

Ramalan ini mengambil kira kekurangan bekalan blobal semikonduktor  yang memberi kesan kepada pengeluaran kereta baharu, an harga kenderaan baharu yang tinggi.

Oleh itu, myTukar berpandangan begitu banyak belum diterokai oleh pasaran ini.

“Menggunakan pengembangan ini sebagai daya penggerak untuk
pertumbuhan kami, myTukar menyasarkan untuk memanfaatkan peningkatan permintaan untuk kereta terpakai dan meluaskan jangkauan kami, luar talian dan dalam talian,” kata Derrick Eng.

Untuk itu, syarikat ini mahu meluaskan sayapnya dengan membuka cawangan di bandar-bandar utama.

Setakat ini, syarikat myTukar telah memiliki 25 bilik pameran di Perak, Kedah, Sabah, Sarawak, Pulau Pinang, Lembah Klang, Johor, Seremban dan banyak lagi.

Dalam pada itu, syarikat ini juga berjaya menawarkan rangkaian perkhidmatan yang komprehensif untuk semua aspek pemilikan kereta dengan lebih 4,000 penjual.

Platform pembidaan digital jenama itu juga membolehkan pengguna
untuk membeli atau menjual kenderaan mereka dengan mudah dari rumah masing-masing. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast