MACC MITRA Funds Malaysian Indian Transformation Unit Ministry of National Unity B40
Gambar hiasan.

JOHOR BAHRU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor telah menahan seorang penolong akauntan kerana disyaki melakukan penyelewengan wang berjumlah hampir RM100,000.

Menurut sumber, suspek lelaki berusia 50 tahun itu ditahan di pejabat SPRM Johor Bahru kira-kira pada pukul 3 petang tadi selepas hadir memberikan keterangan.

Difahamkan, pada 2016 hingga 2018, suspek yang bertanggungjawab menguruskan akaun pejabatnya yang berpusat di sebuah daerah di negeri ini telah menyeleweng wang tersebut untuk kepentingan dirinya sendiri.

Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan.

Suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru, jam 9 pagi esok untuk pertuduhan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast