Adegan dalam filem pendek ONG-ONG Wishes, SUI-SUI Dishes!”.

KUALA LUMPUR – Sempena sambutan Tahun Baharu Cina tidak lama lagi, pengeluar air mineral Spritzer menerbitkan sebuah filem pendek bertajuk “ONG-ONG Wishes, SUI-SUI Dishes!”.

Filem pendek hasil idea Ketua Chef Restoran De Beauty menampilkan Air Mineral Semulajadi Spritzer, “ONG-ONG Wishes, SUI-SUI Dishes!” dengan bertemakan persembahan sajian-sajian popular berlatar belakangkan majlis makan malam perhimpunan keluarga pada malam sebelum tahun baharu lunar.

“Makan malam sebelum tahun baru adalah wajib apabila seisi keluarga berkumpul meraikan waktu bersama-sama dan saling mendoakan kesejahteraan dan kemakmuran pada tahun mendatang ini,” kata Spritzer dalam kenyataannya di sini hari ini.

Menurut Spritzer, penonton boleh menonton suasana riang dan kebaikan besar air mineral semulajadi di pautan ini.

Filem pendek ini adalah mengenai sambutan Tahun Harimau dengan juadah yang enak dan ucapan doa yang membawa memori terhadap hidangan yang sedap dan kehadiran ahli keluarga disayangi bersama manfaat kesihatan Air Mineral Semulajadi Spritzer.

Spritzer berharap agar filem pendek ini bukan sahaja membawa kemesraan apabila keluarga berkumpul tetapi dapat memberi inspirasi kepada kita semua untuk hidup lebih sihat dan merasai nikmat kehidupan sepenuhnya.

Bagi mereka yang belum memilih air minuman bagi musim perayaan ini, anda boleh mendapatkan produk Spritzer daripada kedai berdekatan dan berpeluang memenangi peraduan Minum, Menang & Huat (Drink, Win & Huat) yang berakhir pada 15 Februari 2022. – MalaysiaGazette