Botol suntikan vaksin Covid-19 yang akan diberi kepada kanak-kanak sempena Program Imunisasi COVID-19 Kanak-Kanak PICKids.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Seramai 23,578 orang kanak-kanak berumur lima hingga bawah 12 tahun di Sabah telah berdaftar  dalam MySejahtera untuk menerima vaksin Covid-19.

Pengarah Jabatan Kesihatan Neger Sabah (JKNS), Datuk Dr. Rose Nani Mudin berkata, pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kanak-Kanak (PICKids) di negeri itu dibuat secara walk-in ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) awam, offsite PPV, aktiviti outreach ke kawasan pedalaman dan mengikut sekolah dalam daerah.

Sebanyak lima buah hospital pakar di negeri itu digunakan untuk PICKids iaitu Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah, Hospital Duchess of Kent Sandakan, Hospital Keningau, Hospital Lahad Datu dan Hospital Tawau.

“Pihak JKNS mash terus menyediakan 251 buah fasiliti keshatan PPV (Pusat Pemberian Vaksin) di Sabah yang terdiri daripada hospital serta klinik kerajaan dan swasta menyediakan perkhidmatan pemberian vaksin sama ada booster,
vaksin kanak-kanak, dos kedua dan dos pertama,” katanya menerusi kenyataan.

Beliau menyeru agar ibu bapa dan penjaga supaya mendaftarkan anak-anak masing-masing melalui aplikasi MySejahtera menggunakan dokumen MyKid ataupun Sijil Kelahiran untuk menerima vaksin.

“Ibu bapa dan penjaga disarankan agar memastikan anak-anak yang dibawa mendapatkan vaksin agar mengambil makanan sebagai alas perut sebelum divaksin. Kanak-kanak tersebut perlu memakai baju lengan atau seluar yang boleh lipat dengan mudah kerana suntikan diberi pada lengan atas atau di bahagian paha.

“Pihak JKNS menasihatkan ibu bapa dan penjaga memberi ubat paracetamol kepada anak-anak jika mengalami demam selepas vaksinasi dengan dos mengikut berat badan (15mg/kg/ per body weight),” tambahnya. – MalaysiaGazette