Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang menawarkan Sinovac sebagai pilihan dos penggalak adalah terhad ketika ini.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 12,307,360 atau 52.6 peratus individu dewasa di negara ini telah menerima dos penggalak COVID-19 setakat Sabtu.

Berdasarkan data di laman web COVIDNOW, sejumlah 22,929,020 individu atau 97.9 peratus daripada populasi dewasa di negara ini telah melengkapkan vaksinasi mereka, manakala 99.2 peratus atau 23,222,612 individu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi populasi remaja berumur antara 12 dan 17 tahun, sejumlah 2,791,080 individu atau 88.7 peratus daripada kumpulan itu telah melengkapkan vaksinasi, manakala 2,868,945 individu atau 91.2 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi vaksinasi harian pula, sebanyak 73,328 dos diberikan semalam meliputi 15,673 dos pertama, 782 sebagai dos kedua dan 56,873 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif dos vaksin yang diberikan di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 63,914,165 dos.

Sementara itu, menurut portal Github Kementerian Kesihatan, 14 kematian akibat COVID-19 dilaporkan semalam dengan lima di Selangor, empat di Sabah, dua di Kuala Lumpur manakala satu kematian direkodkan di Johor, Negeri Sembilan dan Perak.- BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast