khairuddin mengundi muda songsang musuh Allah
Mohd Khairuddin Aman Razali

KUALA LUMPUR – Biar pun dipecat daripada Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali nampaknya masih mempertahankan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Menurut beliau, kenyataan Abdul Hadi  yang menyifatkan UMNO seperti ‘itik yang patah kaki’ berlandaskan sunnah.

“Apabila Presiden Pas menggunakan perbandingan berupa binatang dalam banyak ucapan, beliau hanyalah mengikut sunnah gaya bahasa al-Quran.

“Sekiranya beliau dituduh ahli zoologi bermaksud ahli ilmu tentang binatang dengan tujuan mempersendakan ia seumpama memperkecilkan juga gaya bahasa al-Quran,” jelasnya dalam satu kenyataan hari ini.

Ahli Parlimen Kuala Nerus dalam pada itu berkata, al-Quran sering kali menggunakan binatang sebagai perbandingan.

Malah katanya, bahasa Melayu juga kaya dengan perbandingan binatang.

“Bagai ubur-ubur airnya hitam bermaksud daripada tingkah laku dan bahasanya diketahui orang itu jahat. Kesimpulannya, perbandingan dengan binatang adalah sunnah al-Quran dan adat Melayu yang kaya dengan bahasa.

“Jika mahu dikatakan ahli zoologi maka sememangnya al-Quran dan bangsa Melayu adalah ahli zoologi yang kaya dengan ilmu tentang binatang,” jelas Khairuddin lagi.

Pada 28 Januari lalu, Abdul Hadi menyifatkan UMNO seperti ‘itik yang patah kaki’ kini cuba ‘berenang’ sendiri selepas pulih dengan bantuan Pas.

Abdul Hadi turut menyifatkan tindakan UMNO sebagai tidak bermoral kerana mereka bersama-sama terlibat dalam gagasan Muafakat Nasional (MN).

Selepas itu, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberikan respon dan mengesyorkan Presiden Pas itu menukar kerjaya daripada ahli politik kepada ahli zoologi.

Ia susulan gelaran “itik patah kaki” kepada UMNO sebagaimana kenyataan dikeluarkan Abdul Hadi baru-baru ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. Kiasan itu tidak menghina pun .lain lah kalau kata babi patah kski mungkin berbeza lah. Tapi adat orang berkrlahi semuanya tak betul sebab otaknya telah tersumbat . Nanti dia suruh jadi doktor pulak fah sebab sebut otak tersumbat .
    Bahasa mrlayu penuh dengan kiasan kalau tak suka pergi masuk orang putih lah. Hahaha. Ini pun cara umno berhujjah la ni . Tak suka cara gst malaysia boleh keluar cari negara lain lah itu kata umno dahulu ……

  2. Alaaa kalau UMNO itik patah kaki…yg Bersatu ko duk peluk cium tu ko gelar binatang apa plak musibat? katak?,monyet?ker ko lebai pengecut sebab dah dapat jawatan besar, makan gaji buta…

Comments are closed.