TANJUNG MALIM – Kerjasama dalam pelbagai bidang bakal terjalin di antara Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Institute of Asian and African Studies (IAAS), Moscow State University, Russia.
Menerusi memorandum persefahaman yang ditandatangani, kedua-dua institusi pengajian akan mengembangkan projek penyelidikan dan pembangunan, program pembangunan latihan, program pendidikan, pertukaran kakitangan serta kerjasama dalam penerbitan melalui perkongsian pintar.
MoU telah diadakan secara dalam talian menyaksikan UPSI diwakili Naib Canselor, Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff manakala IAAS diwakili pengarahnya, Prof. Dr. Aleksey A. Maslov.
Md Amin berkata, jalinan kerjasama UPSI menerusi Fakulti Bahasa dan Komunikasi itu komited memastikan segala perancangan kerjasama berjalan dengan lancar demi kebaikan bersama.
Sementara itu Prof. Dr. Aleksey A. Maslov gembira dengan kerjasama yang bakal terjalin kerana kedua-dua universiti akan mendapat manfaat yang melibatkan kakitangan serta mahasiswa.
Beliau berkata, perjanjian itu membuka peluang luas untuk menjayakan pelbagai bentuk program bersama.-MalaysiaGazette