Michael Wood, Menteri Perhubungan dan Keselamatan di Tempat Kerja, New Zealand - foto Agensi

WELLINGTON – Kerajaan New Zealand akan menaikkan upah minimum untuk pekerja berbayar paling rendah dengan meningkatkannya kepada 21.2 Dolar New Zealand (14.1 Dolar AS) sejam bermula 1 April ini.

Langkah ini dijangka akan memberi manfaat kepada kira-kira 300,000 pekerja.

Memetik laporan akhbar Xinhua, Menteri Perhubungan dan Keselamatan di Tempat Kerja, Michael Wood berkata, kerajaan komited menaikkan upah mereka memandangkan negara semakin pulih dari pandemik Covid-19.

Wood dalam satu kenyataan berkata, dengan ketibaan varian Omicron, pekerja barisan hadapan seperti pembersih, pekerja pasar raya dan pengawal keselamatan telah banyak menyumbang daripada pelbagai aspek serta berhak mendapat kenaikan gaji.

Menurutnya, menaikkan upah minimum akan membantu banyak isi rumah yang paling terkesan Covid-19.

Walaupun terdapat gangguan yang berkaitan dengan Covid-19 kepada pasaran buruh di New Zealand, statistik terkini menunjukkan pekerjaan semakin meningkat di kebanyakan sektor.

Beliau juga berterima kasih kepada pakej bantuan serta kenaikan upah bagi membantu rakyat dan perniagaan.

“Peningkatan gaji juga akan memberi kesan stimulasi terhadap ekonomi kerana ramai pekerja akan membelanjakan wang tambahan kepada barangan dan perkhidmatan, dan seterusnya akan membantu menyokong perniagaan,”ujarnya.-Xinhua

(http://www.xinhuanet.com/english/20220211/5a53bbd11d62432bafaa06cfe3bd6a43/c.html)