Prime Minister Datuk Seri Ismail Yaakob in a wefie with the attendees of the Major Finding from Census Malaysia 2020 Report Launch and the Malaysia Census Forum 2020 organised by the Department of Statistics Malaysia at Chansellor Hall, Management & Science University (MSU), Shah Alam. SOP violation
Prime Minister Datuk Seri Ismail Yaakob in a wefie with the attendees of the Major Finding from Census Malaysia 2020 Report Launch and the Malaysia Census Forum 2020 organised by the Department of Statistics Malaysia at Chansellor Hall, Management & Science University (MSU), Shah Alam. Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Yaakob berswafoto bersama tetamu semasa hadir ke Majlis Pelancaran Laporan Penemuan Utama Banci Malaysia 2020 dan Forum Banci Malaysia 2020 anjuran Jabatan Perangkaan Malaysia di Dewan Canselor, Management & Science University (MSU), Shah Alam.

SHAH ALAM – Tiada sesiapa pun terlepas daripada dikenakan kompaun tanpa mengira kedudukan dan latarbekalang sekiranya didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, jemaah Menteri juga tidak terkecuali daripada tindakan itu kerana kerajaan tidak membezakan mana-mana individu jika melakukan kesalahan.

“Yang pentingnya tindakan diambil, maknanya kerajaan tidak membezakan antara individu yang melakukan kesalahan.

“Dia boleh jadi Menteri, dia boleh jadi timbalan menteri, dia boleh jadi ketua jabatan, dia boleh jadi sesiapa sahaja.

“Tiada konsep orang atas, kayangan tak kena kompaun, orang bawah sahaja kena kompaun.

“Siapa pun melakukan kesalahan, melanggar SOP akan dikena kompaun termasuk menteri pertahanan atau sesiapa sahaja,” katanya ketika pemberita di Universiti Management & Science (MSU), di sini, pagi ini.

Terdahulu beliau merasmikan Majlis Pelancaran Laporan Penemuan Utama Banci Malaysia 2020 anjuran Jabatan Perangkaan Malaysia, di sini.

Terdahulu, Ahli Parlimen Segambut Hannah Yeoh mendesak Menteri Kanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein meletak jawatan kerana melanggar SOP dalam satu majlis MIC di Johor, semalam.

Ia susulan penularan video yang menunjukkan pemimpin Barisan Nasional (BN) itu meredah kerumunan hadirin pada majlis pelancaran briged MIC Johor di Kota Iskandar, Johor semalam.

Antara pemimpin yang dilaporkan hadir pada majlis itu selain Hishammuddin, ialah Pemangku Menteri Besar Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad dan Presiden MIC, Tan Sri S Vigneswaran.

Dalam pada itu, Ismail Sabri menegaskan, kesalahan melanggar SOP bukan satu jenayah dan tiada keperluan untuk mana-mana Menterinya meletakkan jawatan kerana perkara itu.

“Langgar SOP bukannya jenayah, tiada kena mengena dengan jenayah. KKM sudah mengeluarkan kompaun.

“SOP ini penting tetapi bukan kesalahan apabila dikompaun kena letak jawatan, kena berhenti.

“Kalau tidak pegawai-pegawai kerajaan, kakitangan kerajaan ramai yang sudah kena ini.

“Jadi semua kena letak jawatan, jadi tak bolehlah,” katanya. – MalaysiaGazette