PARIS – Rusia telah bersedia untuk melancarkan serangan kilat ke atas Ukraine, kata Menteri Luar Perancis, Jean-Yves Le Drian.
Katanya, sekiranya ia berlaku, Eropah telah bersedia untuk mengenakan sekatan secara besar-besaran.
“Jika persoalannya adakah wujud unsur-unsur yang membuatkan Rusia hendak menyerang Ukraine secara besar-besaran?
“Ya betul, memang ada. Perkara itu tidak mustahil dan akan terjadi dengan cepat,” kata Le Drian kepada France 5 TV, semalam.
Katanya, penilaian tersebut dikongsikan oleh Paris dan sekutunya, namun masih tiada petunjuk yang menunjukkan Vladimir Putin telah membuat kata putus.
Dalam situasi yang tegang ini, Menteri Luar Negeri Perancis itu mencadangkan agar Rusia membuka ruang untuk berbincang.
Menurut dua sumber diplomat Eropah, Amerika Syarikat telah memberitahu sekutunya Jumaat lalu bahawa kemungkinan bekas negara Soviet itu melancarkan serangan pada Rabu.
Apabila ditanya sama ada sekatan sudah sedia dilaksanakan sekiranya Rusia menyerang, Le Drian berkata, ia akan dilaksanakan secara besar-besaran walaupun sekatan itu mungkin mempunyai kesan boomerang terhadap Eropah.
Tambah beliau lagi, rundingan adalah perkara sangat penting ketika ini bagi bagi mengelakkan konflik yang boleh membawa bencana dan merugikan semua pihak. – Reuters
(https://www.reuters.com/world/europe/everything-place-massive-russian-attack-ukraine-france-says-2022-02-14)