Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hadir pada Mesyuarat Khas UMNO di Pejabat UMNO Negeri, Johor. Foto MOHD ADZLAN, 22 JANUARI 2022.

KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) bertekad untuk mengekalkan kemenangan di semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor yang akan diadakan tidak lama lagi.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata sasaran itu berdasarkan  kemenangan kesemua kerusi itu pada Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) pada tahun 2018.

“Pada PRU-14 yang lalu, BN menang semua kerusi DUN di Zon Timur dan dalam PRN kali ini, BN bertekad dan berazam untuk memenangi sekali lagi kesemua kerusi tersebut,” katanya dalam satu kenyataan.

Untuk rekod, zon timur terdiri daripada kerusi-kerusi DUN yang berada dalam Parlimen Kota Tinggi, Tenggara, Pengerang dan Mersing.

DUN tersebut adalah Sedili, Johor Lama, Penawar, Tanjong Surat, Panti, Paris Raja, Endau dan Tenggaroh.

Tatkala kebanyakan parti sudah mengumumkan calon masing-masing terutamanya PKR dan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), BN kelihatan masih belum mengumumkan mana-mana calon sehingga hari ini.

Minggu lalu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 12 Mac depan sebagai tarikh pengundian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Hari penamaan calon ditetapkan pada 26 Februari, manakala tarikh mengundi awal pula pada 8 Mac. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast