Boris Johnson

LONDON – Kesatuan Persatuan Bolasepak Eropah (UEFA) sedang mempertimbangkan untuk memindahkan lokasi final Liga Juara-Juara (UCL) musim ini dari St. Petersburg.

Ia ekoran gesaan Perdana Menteri United Kingdom (UK), Boris Johnson sebagai tindak balas kepada ancaman perang antara Rusia dan Ukraine.

Tindakan memindahkan lokasi itu dibuat ketika Perdana Menteri UK bercakap di Dewan Rakyat British pada Selasa.

Menurutnya, “tiada peluang Rusia dibenarkan menjadi tuan rumah kejohanan bola sepak yang utama ini akibat keputusannya untuk menceroboh negara berdaulat.”

Empat pasukan Inggeris – Chelsea, Liverpool, Manchester City dan Manchester United berada di pusingan 16 terakhir pertandingan, yang menjadi keraguan untuk Boris membenarkan Rusia menjadi tuan rumah perlawanan akhir tersebut.

Gazprom Arena atau Satdium Krestovsky dijadualkan menjadi tuan rumah perlawanan akhir Liga Juara-Juara 2021-2022

Perlawanan akhir yang ditetapkan berlangsung di Arena Gazprom atau Stadium Krestovsky yang berkapasiti 68,000 penonton pada 28 Mei ini sekarang di bawah semakan UEFA yang akan menukar tempat perlawanan akhir tersebut.

Sebelum ini, turut menyaksikan UEFA berjaya menukarkan dua kali tempat acara berprestij itu dalam masa yang singkat.

Perlawanan akhir UCL 2021 Chelsea mengalahkan Manchester City 1-0 – sebelum itu dijadualkan bermain di St Petersburg, tetapi ditukarkan ke Porto kerana sekatan perjalanan COVID-19. Perlawanan akhir UCL 2020 juga dipindahkan dari Istanbul ke Lisbon di mana Bayern Munich membenam Paris Saint-Germain 1-0.

Setakat ini, Wembley menjadi tempat alternatif jika St Petersburg dilucutkan hak menjadi tuan rumah walaupun play-off Liga Bolasepak Inggeris (EPL) dimainkan pada hujung minggu yang sama. – BBC Sport.

(https://www.bbc.com/sport/football/60474920)

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast