Tentera memeriksa serpihan peluru berpandu yang jatuh di atas jalan raya selepas Presiden Vladimir Putin mengumumkan operasi tentera di timur Ukraine, di Kyiv, Ukraine. foto Reuters

KYIV – Askar-askar Rusia menyerang Ukraine secara besar-besaran melalui darat, udara dan laut membabitkan serangan sebuah negara terhadap negara lain di Eropah sejak Perang Dunia Kedua.

Peluru berpandu Rusia bagaikan hujan yang turun di bandar-bandar Ukraine termasuk di sempadan timur rantau Chernihiv, Kharkiv dan Lubansk.

Tentera-tentera Rusia mendarat di laut melalui pelabuhan bandar Odessa dan Mariupul di selatan.

Letupan juga kedengaran sebelum Subuh di bandar Kyiv yang mempunyai tiga juta penduduk.

Tembakan bertalu-talu, siren berbunyi dan lebuh raya bandar itu sesak dengan lalu lintas apabila penduduk bertindak melarikan diri.

Asap hitam berkepul-kepul di ibu pejabat perisikan tentera Ukraine selepas letupan di Kyiv pada tengah hari.

Serangan itu menyusuli selepas beberapa minggu usaha diplomatik oleh pemimpin Barat untuk mengelak peperangan tidak membuahkan hasil dan menyedari ketakutan terburuk tentang cita-cita Presiden Rusia, Vladimir Putin.

“Rusia secara khianat menyerang negara kita pada waktu pagi, seperti yang dilakukan oleh Nazi Jerman pada tahun WW2. Setakat hari ini, negara kita berada di sisi berbeza dalam sejarah dunia,” ciap Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskiy.

Rusia telah memulakan serangan tetapi Ukraine mempertahankan negaranya dan tidak akan melepaskan kebebasannya tidak kira apa yang difikirkan Moscow.

Ketua Hal Ehwal Luar Kesatuan Eropah, Josep Borrell berkata: “Ini adalah antara waktu paling gelap di Eropah sejak Perang Dunia Kedua.”

Sehubungan itu, beliau menyeru rakyat Ukraine untuk mempertahankan negara di jalan-jalan di bandarnya dan senjata akan diberikan kepada sesiapa sahaja yang bersedia untuk berperang.

Beliau juga menggesa rakyat Rusia untuk turun ke jalanan untuk membantah tindakan kerajaan mereka. – Reuters (https://www.reuters.com/world/europe/putin-orders-military-operations-ukraine-demands-kyiv-forces-surrender-2022-02-24/)