Presiden Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Datuk Seri Mukhriz Mahathir menyampaikan bendera Pejuang sebagai gimik pelancaran kepada wakil Pejuang Muda dan Pejuanita Muda pada Majlis Pelancaran Jentera Sayap Pejuang Muda & Pejuanita Muda sempena Pilihan Raya Negeri Johor ke-15 di Kellypojawani Event Cafe & Guesthouse, Simpang Renggam, Johor. Foto AFFAN FAUZI, 25 FEBRUARI 2022.

SIMPANG RENGGAM – Pertukaran calon Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Endau pada saat-saat akhir disifatkan sebagai masalah tenikal yang tidak dapat dielakkan.

Presiden Pejuang, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, calon pilihan parti itu pada awalnya bagi adalah Zaini Tahar namun terpaksa digugurkan selepas disahkan positif Covid-19 baru-baru ini.

Presiden Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Datuk Seri Mukhriz Mahathir. Foto AFFAN FAUZI, 25 FEBRUARI 2022.

Zaini kemudian digantikan dengan Mohd Noorhisyam Ibrahim yang merupakan pemimpin dalam kalangan Pejuang Muda.

Walaupun mengakui pihaknya masih boleh membiarkan Zaini bertanding namun keputusan menggantikannya datang dari calon itu sendiri, kata Mukhriz.

“Walaupun sakit, calon masih boleh bertanding tapi dalam isu ini sebenarnya Zaini sendiri yang minta digantikan memandangkan ada yang memerlukan pertemuan secara fizikal bagi menandatangani borang dan sebagainya.

“Untuk elak kesulitan, beliau minta digantikan sahaja,” katanya.

Pagi tadi, Ketua Penerangan Pejuang, Ulya Aqamah Husamudin dalam satu kenyataan berkata, pimpinan Pejuang telah menetapkan untuk menukar calon DUN tersebut kepada Mohd Noorhisyam memandangkan Zaini positif Covid-19.

Pejuang sebelum ini mengumumkan calon-calon mereka di 42 kerusi DUN bagi menghadapi PRN Johor.

Semua calon yang dikemukakan mempunyai latar belakang berbeza dengan 54 peratus merupakan mereka yang berusia 50 tahun ke bawah.

PRN Johor merupakan penampilan pertama Pejuang selepas parti itu tidak menyertaikan PRN Melaka dan Sarawak.

Esok adalah hari penamaan calon PRN Johor manakala hari pengundian ditetapkan pada 12 Mac. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast