Foto: Volodymyr Zelenskyy.

KYIV – Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy yang diminta meninggalkan Kyiv atas permintaan kerajaan Amerika Syarikat (AS) menolak permintaan itu.

Zelenskky berkata: “Pertempuran berlaku di sini, Saya perlukan peluru, bukan pengangkutan,” menurut seorang pegawai perisikan kanan yang mempunyai pengetahuan tentang perbualan itu yang mana beliau menyifatkan Presiden Ukraine tersebut sebagai optimistik.

Tentera Rusia sedang mara menghampiri ibu negara Ukraine itu hari ini selepas melakukan serangan udara di bandar-bandar dan pengkalan tentera di seluruh negara itu, lapor AP. – Agensi