Mohd. Shahrulnizam Abd Hamid (kanan) membentangkan revolusi ekosistem industri pembangunan kanak-kanak yang didorong teknologi kepada peserta di Ekspo 2020 Dubai baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Kumpulan Love & Laugh (Love & Laugh) menyertai Ekspo 2020 Dubai di Emiriah Arab Bersatu (UAE) baru-baru ini dalam usaha merevolusikan ekosistem industri pembangunan kanak-kanak yang berteraskan teknologi kepada masyarakat dunia.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd. Shahrulnizam Abd Hamid berkata, penyertaan menerusi slot pembentangan itu merupakan satu peluang mempromosi perkhidmatan dan produknya di samping meneroka dan mengembangkan peluang kerjasama perniagaan dan pelaburan dengan pihak-pihak yang turut menyertai ekspo tersebut.

Beliau berkata, Love & Laugh percaya dalam mewujudkan kesedaran, ia perlu bermula pada usia awal dalam mengutamakan persekitaran yang sihat dan selamat untuk kanak-kanak dan wanita.

“Love & Laugh mengalu-alukan peluang untuk menerokai pakatan strategik melalui kerjasama, pelaburan serta pelbagai penyelidikan berkaitan dalam merealisasikan ekosistem perkembangan kanak-kanak berteraskan teknologi untuk mewujudkan generasi masa depan yang lebih baik.

“Pelan pengembangan Love & Laugh seterusnya adalah untuk mewujudkan Pusat Pembangunan Ibu Bapa Anak,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pelancaran Industri Pembangunan Kanak-Kanak Yang Merevolusikan Ekosistem Berteraskan Teknologi di Ekspo 2020 Dubai itu disempurnakan oleh Pengarah Bahagian Kerjasama Antarabangsa, SME Corporation Malaysia, Amrul Nazri Abdullah.

Love & Laugh merupakan satu Ekosistem Perkembangan Kanak-kanak Berteraskan Teknologi Dalam Pendidikan, Penjagaan & Hospitaliti, serta Teknologi Pendidikan (EdTech).

Love & Laugh mengalu-alukan peluang untuk menerokai pakatan strategik melalui kerjasama, pelaburan serta pelbagai penyelidikan dengan negara luar.

Mohd. Shahrulnizam menambah, kewujudan banyak pusat jagaan kanak-kanak dan sekolah menyebabkan ibu bapa bergantung kepada penjaga dan guru untuk membimbing anak-anak mereka untuk kemajuan perkembangan.

Realitinya jelas beliau, perkembangan kanak-kanakitu sedang diambil mudah kerana industri pembangunan kanak-kanak kini tidak lagi tersusun dan telah berpecah-belah.

“Ini akan secara tidak langsung mempengaruhi pertumbuhan generasi akan datang dan Love & Laugh mahu memberi inspirasi untuk mengatasinya dengan revolusi industri yang didorong oleh teknologi dan pembangunan mampan.

“Love & Laugh akan merevolusikan industri dengan mewujudkan kuasa dan kepakaran dan mengumpul pakar pembangunan kanak-kanak di seluruh dunia dalam satu hab yang dipanggil Pusat Penyelidikan.

“Dengan bimbingan daripada pakar-pakar ini, Love & Laugh telah mencipta ekosistem yang boleh menaikkan semangat anak sedia ada menerusi saluran pembangunan seperti penjagaan kanak-kanak, penjagaan kanak-kanak di rumah dan tadika dengan memanfaatkan penyelesaian teknologi.

Mohd. Shahrulnizam turut memberitahu, Love & Laugh juga menyumbang secara langsung untuk Matlamat Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (SDG PBB) demi mencapai masa depan yang lebih baik dan lebih mampan untuk masyarat.

Katanya, ekosistem pihaknya telah membantu untuk menjadikan SDG PBB sebagai satu realiti dengan menggalakkan kesihatan dan kesejahteraan yang baik demi menyediakan pendidikan berkualiti serta kesaksamaan jantina.

Sementara itu, Ekspo 2020 Dubai menyediakan 32 pavilion negara-negara yang mengambil bahagian di ekspo antarabangsa berkenaan.

Ekspo 2020 Dubai berlangsung sejak 1 Oktober tahun lalu dan bakal berakhir pada 31 Mac depan bertemakan ‘Menghubung Minda, Mencipta Masa Depan’ telah membuka banyak peluang pasaran baharu dan menarik dalam meningkatkan perdagangan, pelaburan serta pertukaran budaya di antara negara-negara terlibat.

Ekspo kali ini banyak memberi informasi dan ilmu pengetahuan terkini yang relevan dengan perkembangan teknologi semasa.

Selain Malaysia, antara pavilion lain adalah Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi, Belgium, Itali, Perancis, Sepanyol, Sweden, Jerman, Maghribi, Kazakhstan, Palestin, China, Thailand, Australia, United Nations (UN), Terra dan World Expo Museum. – MalaysiaGazette