Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun menjadi korban ketiga banjir di Kelantan selepas ditemukan lemas di Kampung Kubang Kedepan dekat Banggol Kulim, di sini, pada 3.05 petang tadi.- Gambar hiasan.

PASIR MAS – Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun menjadi korban ketiga banjir di Kelantan selepas ditemukan lemas di Kampung Kubang Kedepan dekat Banggol Kulim, di sini, pada 3.05 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, ACP Mohd Nasaruddin M Nasir berkata mangsa Hawari Khodir dipercayai terjatuh dan hilang dibawa arus di kawasan terbabit pada 7.15 malam, semalam.

“Polis menerima laporan berkaitan kejadian itu pada pukul 11 pagi tadi. Mangsa dijumpai tidak jauh dari kawasannya terjatuh oleh sepasukan anggota mencari dan menyelamat (SAR),” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mohd Nasaruddin berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Pasir Mas untuk proses bedah siasat dan tindakan selanjutnya.

Semalam, dua mangsa lemas dilaporkan di Kelantan, iaitu Mohamad Ishak seorang lelaki warga emas berusia 70 tahun dan Mohamad Fazli Tamri seorang remaja lelaki berusia 13 tahun.- BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast