Jesse Marsch. Foto Eurosport.

LONDON – Kelab Liga Perdana yang bermasalah, Leeds mengumumkan pengendali dari Amerika Syarikat, Jesse Marsch sebagai pengurus baharu hari ini, sehari selepas memecat Marcelo Bielsa.

Bekas pengendali RB Leipzig berusia 48 tahun itu tiba di Leeds ketika kelab itu mempunyai dua mata di atas zon penyingkiran.

Leeds berkata, pelantikan Marsch menerusi perjanjian hingga Jun 2025 dan dia akan mengetuai pasukan itu Sabtu ini menentang Leicester.

“Kami percaya dia boleh membawa Leeds United ke tahap seterusnya dan teruja dengan masa depan ditawarkan untuk jangka masa panjang,” kata pengarah bola sepak, Victor Orta.

Leeds berada dalam situasi tertekan selepas Bielsa mengalami lima kekalahan daripada enam perlawanan terakhirnya.

Bielsa ketika ini berdepan masalah kecederaan melibatkan pemain utama termasuk Kalvin Phillips, Patrick Bamford dan Liam Cooper. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast