Tim Leissner Rohana Rozhan Astro CEO affair lover 1MDB scandal corruption Najib Razak
Tim Leissner. foto Bloomberg

NEW YORK – Low Taek Jho (Jho Low) mendakwa dia mendapat sokongan daripada sekutu bekas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump untuk menyelesaikan siasatan ke atas rompakan dana daripada 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Tim Leissner, bekas pengarah Goldman Sachs berkata demikian ketika memberi keterangan pada hari Selasa.

Menurutnya, perkara itu dimaklumkan oleh Jho Low.

Pengarah Goldman Sachs itu memberi keterangan dalam perbicaraan Roger Ng, bekas ketua pelaburan bank global tersebut.

Ng, 49, mengaku tidak bersalah atas tuduhan bersubahat melakukan penggubahan wang haram dan melanggar undang-undang anti-rasuah.

Bagaimanapun, Leissner berkata, dia tidak mempunyai pengesahan bebas terhadap maklumat itu.

Leissner dalam keterangannya berkata, Jho Low, yang disifatkannya sebagai dalang skandal itu memberitahunya dalam mesyuarat 2017, ahli perniagaan dalam buruan itu dan peguamnya sedang berbincang dengan pentadbiran Trump tentang potensi untuk perjanjian berbilion dolar yang akan menyelamatkan beberapa individu yang bakal didakwa di Amerika Syarikat.

“Jho [Low] agak selesa dan yakin,” kata Leissner.

Jho Low memberitahu Leissner dia telah bertemu dengan Jared Kushner, menantu Trump di Beijing dan telah mengupah Chris Christie, bekas gabenor Republikan New Jersey, sebagai peguamnya dengan janji bayaran AS$10 juta jika penyelesaian itu berjaya.

Christie berkata, beliau mewakili Jho Low dalam tindakan rampasan sivil di California yang mengakibatkan Jho Low menyerahkan AS$700 juta kepada Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat.

Namun, dakwanya, Jho Low tidak pernah membuat perjanjian untuk menerima bayaran jika pertuduhan digugurkan sebagai pertukaran untuk pembayaran kepada Kerajaan Amerika Syarikat.

”Tidak pernah ada sebarang perbincangan antara saya dan mana-mana anggota pentadbiran Trump bahawa siasatan jenayah akan digugurkan atau sebarang pertuduhan terhadap Jho Low atau orang lain diketepikan sebagai pertukaran untuk bayaran kepada kerajaan.

”Tidak juga terdapat sebarang perjanjian untuk yuran kejayaan undang-undang kepada saya untuk merundingkan keputusan sedemikian,” Christie dalam satu kenyataan.

Jho Low, yang didakwa oleh pendakwa raya persekutuan di Brooklyn pada 2018, tetapi belum ditangkap oleh pihak berkuasa Amerika Syarikat atau Malaysia.
Sebelum ini Malaysia berkata, Jho Low berada di China, tetapi dinafikan Beijing.

Pendakwa raya berkata, Goldman Sachs membantu 1MDB mengumpul AS$6.5 bilion, tetapi AS$4.5 bilion daripada dana itu dialihkan kepada pegawai kerajaan, jurubank dan rakan sekutu mereka.

Bank itu pada 2020 bersetuju membayar denda AS$3 bilion dan anak syarikatnya di Malaysia selepas mengaku bersalah di mahkamah Amerika Syarikat. – Reuters (https://www.reuters.com/markets/us/malaysian-financier-said-he-discussed-1mdb-probe-with-trump-allies-testimony-2022-03-01/)