KUALA LUMPUR – Bermula Selasa lalu, laporan kematian akibat Covid-19 yang diumumkan berdasarkan bilangan harian dalam tempoh 72 jam.
Jelas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, proses pelaporan ditambah kerana sebelum ini ia diumum selepas proses pendaftaran kes di peringkat negeri selesai.
Keadaan itu menyebabkan berlakunya kes kematian yang tertunda sekaligus menyumbang kepada backlog.
“Sehubungan itu, bagi memastikan ketepatan masa atau timeliness pelaporan kematian Covid-19, kes kematian tidak lagi menunggu pendaftaran kes dan perlu dilaporkan dalam jangka masa 72 jam setelah kematian terjadi sebagaimana yang telah ditetapkan oleh KKM,” katanya ketika sidang media selepas melancarkan Hari Pendengaran Sedunia 2020 Peringkat Kebangsaan di Hospital Serdang hari ini.
Terdahulu Khairy berkata, sebanyak 115 kematian yang disebabkan oleh Covid-19 .
Angka itu adalah yang tertinggi dilaporkan sepanjang tempoh negara berhadapan dengan gelombang Omicron.
Khairy berkata, kes tertinggi telah direkodkan Kementerian Kesihatan (KKM) sejak 7 Oktober 2021 adalah sebanyak 132 kematian.
Pada 2 Mac 2022, daripada 115 kematian yang diumumkan, 62 (iaitu bersamaan 54 peratus) laporan adalah yang berlaku dalam masa 72 jam manakala selebihnya (53 kematian iaitu 46 peratus) adalah melebihi 72 jam. – MalaysiaGazette