Gambar Hiasan

SEGAMAT – Sebanyak 522 kertas undi pos dikeluarkan oleh Suruhanjaya  Pilihan Raya (SPR) di Segamat.

Pegawai Daerah Segamat Hasrin Kamal Hashim berkata, pengeluaran kertas undi tersebut melibatkan enam kawasan DUN di daerah ini di bawah Peraturan 3, Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2003 bagi PRU Dewan Negeri Johor Ke-15.

“Pengeluaran kertas undi pos pada 1 hingga 3 Mac 2022 dijalankan oleh petugas pilihan raya melibatkan enam kawasan DUN Buloh Kasap, Jementah, Pemanis, Kemelah, Tenang dan Bekok.

“Sebanyak 430 undi pos bagi kategori Borang 1A melibatkan Petugas Pilihan Raya, ahli serta pegawai SPR, polis, tentera dan petugas media,” katanya ketika dihubungi MalaysiaGazette.

Manakala sebanyak 78 undi pos bagi kategori Borang 1B melibatkan warganegara Malaysia yang berada di luar negara.

Selain itu, katanya, terdapat 14 undi pos bagi kategori Borang 1C melibatkan sembilan agensi dalam sektor keselamatan dan kesihatan dan hanya lima pengundi tidak Hadir (PTH) luar negara.

Terdahulu, SPR telah mengumukan jumlah keseluruhan sebanyak 36,729 kertas undi pos bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-15 bagi 56 kawasan DUN di negeri ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast