BATU PAHAT – Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Penggaram, Ter Hwa Kwong disahkan positif Covid-19 selepas menerima keputusan ujian RT-PCR hari ini.
Serentak itu beliau membatalkan serta-merta semua program yang telah dijadualkan.
Menurut Hwa Kwong, seluruh jentera kempen juga telah menjalani ujian saringan Covid-19 dan melakukan kuarantin kendiri, mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Beliau memohon maaf kepada semua pihak yang terkesan dengan keadaannya serta meminta agar mereka yang mempunyai hubungan fizikal dengannya beberapa hari lalu menjalani ujian saringan Covid-19 sekiranya mengalami gejala.
Hwa Kwong berdepan empat penjuru pada PRN kali ini.
Pencabar-pencabarnya adalah Abd. Hamid Jamah (Pakatan Harapan), Khairul Faizi Ahmad Kamil (Perikatan Nasional), Zalihah Jaffar (Parti Pejuang Tanah) dan Baharudin Abdullah (bebas). – MalaysiaGazette