Gambar hiasan

SINGAPURA – Harga minyak melantun semula dalam dagangan hari ini ekoran gangguan eksport minyak Rusia kerana sekatan barat mengatasi prospek lebih banyak bekalan Iran daripada kemungkinan perjanjian nuklear.

Niaga hadapan minyak mentah Brent untuk Mei meningkat kepada AS$114.23 setong daripada AS$113.72, naik AS$3.26, atau 3% menjelang 0121 GMT. Kontrak jatuh 2.2% pada hari Khamis.

Manakala minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) bagi April meningkat AS$4.15, atau 3.9%, kepada AS$111.82 setong selepas mencecah paras tertinggi AS$112.84 pada awal sesi. Kontrak jatuh 2.6% pada sesi sebelumnya.

Pasaran global merosot manakala harga minyak melonjak berikutan tanda-tanda peningkatan dalam konflik Rusia-Ukraine selepas loji kuasa nuklear Ukraine – loji terbesar di Eropah, terbakar selepas serang askar Rusia.

Harga minyak meningkat ekoran kebimbangan sekatan terhadap Rusia akan menganggu penghantaran minyak dari Moscow, yang merupakan pengeksport terbesar dunia minyak mentah dan produk-produk minyak.

Aktiviti dagangan untuk minyak mentah Rusia sudah kelihatan beku kerana pembeli teragak-agak untuk membuat pembelian kerana sekatan.

Harga minyak dijangka mencatatkan kenaikan mingguan paling kukuh sejak pertengahan 2020, dengan WTI naik lebih 22% dan Brent pada 16% selepas mencecah paras tertinggi dalam sedekad minggu ini.

Dhar Commonwealth Bank menjangkakan Brent berlegar pada purata AS$110 setong pada suku kedua dan ketiga tahun ini.
”Tetapi “risikonya ialah harga naik melebihi ramalan kami dalam jangka pendek. Malah tidak mustahil niaga hadapan Brent didagangkan setinggi” AS$150, katanya. – Reuters (https://www.reuters.com/business/energy/oil-rebounds-escalating-ukraine-conflict-raises-supply-concerns-2022-03-04/)