Pemilik, Jamil Sukaimi mengukur kain untuk pelanggannya yang menempah kain ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Butik Teluk Belanga Design, Larkin, Johor. Foto AFFAN FAUZI, 04 MAC 2022.

JOHOR BAHRU – Kestabilan ekonomi merupakan elemen penting bagi kemajuan serta pemulihan ekonomi sesebuah negeri dan ia juga akan memberi tempias kepada kumpulan peniaga.

Sejak penutupan sempadan Malaysia – Singapura, sektor perniagaan antara yang terkesan apabila peniaga mengalami kekurangan pelanggan berbanding sebelum ini.

Pemilik Telok Belanga Design, Jamil Sukaimi mengakui kerancakan ekonomi Johor dengan pembukaan sempadan kelak pastinya membantu meningkatkan pulangan kepada peniaga sepertinya.

Pembukaan sempadan Malaysia-Singapura secara sepenuhnya berupaya memberi impak positif kepada pemulihan ekonomi di Johor dan merancakkan semula semua aktiviti perniagaan.

Bagaimanapun, Jamil mengambil solusi dengan masih menerima tempahan pelanggn dari negara jiran, Singapura dengan penghantaran kurier.

Pemilik, Jamil Sukaimi bergambar di ruang butiknya ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Butik Teluk Belanga Design, Larkin, Johor. Foto AFFAN FAUZI, 04 MAC 2022.

“Jadi perniagaan dalam musim Covid-19 ini memamg ada terjejas tapi yang terbaru ada sedikit kelonggaran kerajaan dan kini nampak perniagaan itu pulih sedikit dan jalan sediakala walau sempadan tidak buka lagi dan hanya berharap kepada orang Jobor Bahru dan sekitarnya sahaja.

“Tapi kalau di Singapura, ada yang minta kita buat baju tetapi kita buat ukuran secara sizing dan kita hantar melalui kurier tetapi tidak boleh ambil banyak satu masa.

“Kestabilan ekonomi memang penting untuk peniaga macam saya sebab kalau ekonomi berjalan dengan cara baik, orang pun ada duit untuk membeli,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Teluk Belanga Design telah bertapak di selatan tanahair sejak 30 tahun lalu bukan sahaja mendapat permintaan dari golongan atasan malah turut menerima tempahan daripada artis dan selebriti tempatan.

Pemilik, Jamil Sukaimi mengukur kain untuk pelanggannya yang menempah kain ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Butik Teluk Belanga Design, Larkin, Johor. Foto AFFAN FAUZI, 04 MAC 2022.

Salah seorang pelanggannya, Azadan Abdul Aziz yang juga ahli kumpulan nasyid Rabbani memberitahu, tekstil berkualiti Teluk Belanga Design menjadi pilihannya dan rakan-rakannya.

“Bila ada persembahan di Johor, kami saling berhubung apabila ada jenama baharu yang beliau tawarkan kepada kita.
Setiap kali turun memang kita akan tempah dan yang menariknya baju ini jahitannya berkualiti.

“Kita selesa dengan design dia, jahitan dia kemudiannya kualiti memang tidak boleh dipertikaikan,” katanya.

Seorang lagi rakan artis Rabbani, Mohd Asri Ubaidullah juga sependapat apabila memberitahu kekemasan jahitan di Teluk Belanga Design tidak boleh dipertikaikan.

Bagi imam, Muhammad Zaini Yasnon yang menjadi pelanggan lebih 20 tahun memberitahu, kekemasan dan keselesaan jahitan menjadikan dia pelanggan tetap Teluk Belanga Design.

“Alhamdulilah setiap tahun memang selalu dengan sini dari dulu memang sini sejak kecil lagi. Menarik sebab saya jenis tidak berapa selesa pakai baju teluk belanga tetapi baju di sini saya rasa selesa,” ujarnya.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

VTL Pulau Pinang-Singapura bermula 16 Mac ini

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast