Home Utama Hujan lebat ‘tenggelamkan’ KL

Hujan lebat ‘tenggelamkan’ KL

KUALA LUMPUR – Hujan lebat selama beberapa jam menyebabkan beberapa kawasan di ibu kota mengalami banjir kilat.

Hujan bermula kira-kira pukul 3 petang itu juga menyebabkan beberapa jalan utama dinaiki air dan menyebabkan kesesakan jalan raya.

Menurut Lembaga Lebuhraya Malaysia, trafik dari Plaza Tol Loke Yew Ke Salak Selatan dilencongkan ke Jalan Istana berikutan banjir kilat di Salak Selatan dan Kuchai Lama.

Beberapa kawasan di Kampung Baru dan Pantai Dalam juga dinaiki air dan berlaku banjir kilat.

Malah Jalan Ampang, Jalan Raja Laut serta kawasan berhampiran KLCC dan Masjid Jamek juga dinaiki air.

Difahamkan, siren amaran banjir juga telah berbunyi di Jalan Pekeliling dan Jalan Segambut.

Beberapa gambar dan video tular tersebar di media sosial memaparkan deretan kenderaan tersekat di jalan dan dinaiki air di kawasan parkir.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast