Mohd Shafie Apdal.

KLUANG – Parti Warisan Sabah (Warisan) yang bertanding secara solo pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor mengakui keputusan semalam tidak seperti diharapkan.

Namun ia tidak akan sesekali melemahkan perjuangan untuk rakyat, kata Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Menurutnya, salah satu sebab parti itu kalah kerana kekangan masa bagi mendekati masyarakat di negeri itu.

Bagaimanapun kata Mohd Shafie, Warisan tidak akan berputus asa sebaliknya akan membuat persediaan untuk menghadapi Pilihan Raya Umum-15 (PRU-15).

“Saya ambil kesempatan ucap tahniah kepada Barisan Nasional (BN) atas kemenangan mereka pada PRN Johor ini. Apa yang lebih penting, kita ucapkan terima kasih kepada semua yang telah berkempen tanda kenal penat lelah dan jemu untuk parti Warisan.

“Keputusan PRN tidak seperti yang kita harapkan dan masa juga tidak menyebelahi kita. Namun ini bukan masa untuk berputus asa. Kini masa untuk kita susun strategi dan mengorak langkah hadapi PRU-15 kelak,” katanya di sini hari ini.

Seramai 85 calon PRN Johor semalam termasuk daripada gabungan gergasi seperti Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) hilang wang deposit.

Turut sama menerima nasib itu ialah calon Warisan yang telah bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pekan Nanas, DUN Bekok, DUN Mahkota, DUN Johor Jaya, DUN Bukit Batu dan DUN Permas. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast