Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad

KUALA LUMPUR – Polemik politik UMNO selepas memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor belum selesai nampaknya.

Selepas ramai tertunggu-tunggu pelantikan semula Datuk Ir. Hasni Mohamad sebagai Menteri Besar namun hari ini lain pula ceritanya.

Petang semalam, beliau dalam kenyataannya menyatakan akan menyerahkan tampuk kepimpinan kepada orang muda.

Namun tidak menyatakan siapa.

Ia seterusnya menjadikan namanya trending di media sosial termasuk Twitter.

Ramai netizen terutama rakyat Johor nampaknya kecewa dan meluahkan isi hati masing-masing selepas mengetahui bukan Hasni bakal menerajui kerajaan Barisan Nasional (BN) di Johor.

Ironinya sepanjang tempoh kempen, pimpinan BN menyatakan tiada individu lain bakal menjadi MB Johor selain Hasni.

Namun apa yang berlaku kini di sebaliknya.

Veteran UMNO Johor, Tan Sri Shahrir Samad sendiri menyatakan rasa kesal dengan apa yang berlaku.

BACA: Malu saya, UMNO Johor tidak mampu lakukan apa-apa – Shahrir

Malah beliau rasa malu untuk menghadiri Perhimpunan Agung UMNO 2021 kelak walaupun BN menang bergaya dalam PRN Johor.

Seorang pengguna facebook (FB), Hakim Naimullah mempersoalkan kenapa ‘membuang kapten kapal ke tengah-tengah laut’?

“Mana istilah “cara johor”? Mana istilah “rumah kita”? Apa kami nak jawab dengan orang kampung?Fikirkan ya. Hasni For MB Johor!” tulisnya.

Malah ada page FB, Naratif Johor menulis surat terbuka kepada Istana Johor dan mahu Hasni dikekalkan sebagai MB Johor.

Sebelum itu, memang ada khabar angin mendakwa ada pihak mahu mencalonkan nama Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Puad Zakarshi yang juga Ahli Dewan Undangan (ADUN) Rengit sebagai MB Johor namun dinafikan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Semalam, selepas pulang dari istana, Ahmad Zahid dan pimpinan ‘mengunci mulut’ ketika ditanya siapa MB Johor yang baharu.

Tiba-tiba dan nama ADUN Machap, Datuk Onn Hafiz Ghazi pula disebut-sebut menjadi peneraju Johor selepas frasa orang muda sebagai pengganti disebut Hasni.

Malam tadi juga difahamkan sekumpulan pimpinan UMNO ‘menziarahi’ kediaman Hasni di Saujana seakan-akan menjadi bayangan polemik politik masih belum selesai.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Hasni cadang ‘orang muda’ pimpin Johor

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. apa NAK MALU …..inilah perangai kamu juga Sharir dan puak2 umNONGOK…dari ZAHID dan sebahagian MT jadi MUNAFIK KERANA MENIPU DAN MUNGKIR JANJI….berkata ZAHID /AHMAD MASLAN/TOK MAT….tiada yang akan dinamakan selain HASNI calon tunggal bakal MB JOHOR
    hANYA BERITA PALSU kami nak lantik FUAD

    rakyat sebelum ni sudah kenali KETUA MUNAFIK NEGARA DAN NOMBOR2 EKOR…akhirnya virus ini merebak pada Parti RASUAH NEGARA umNO

    maka PADAN MUKA mereka yang masih bersubahat menyokong mengundi PERASUAH2 terutama dalam prn johor…..sebab RASUAH bukanlah DOSA dan MUNGKAR MAKSIAT dikalangan umNONGOK…malah ia SANGAT SUCI dan diPERLUKAN…..MALU APA BOSSKU

Comments are closed.