Harga runcit petrol RON97 naik 25 sen seliter manakala harga RON95 dan diesel kekal bagi tempoh seminggu bermula esok hingga 23 Mac.

KUALA LUMPUR – Harga runcit petrol RON97 naik 25 sen seliter manakala harga RON95 dan diesel kekal bagi tempoh seminggu bermula esok hingga 23 Mac.

Menurut kenyataan Kementerian Kewangan (MOF), harga runcit baharu petrol RON97 naik daripada RM3.75 seliter kepada RM4.00 seliter.

“Kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter, sungguhpun harga pasaran sebenar telah meningkat melebihi paras harga siling,” menurut kenyataan itu.

MOF memaklumkan harga baharu itu berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast