The steamy scene involving Zul Ariffin in his recent drama, Perempuan Itu.
The steamy scene involving Zul Ariffin in his recent drama, Perempuan Itu. Babak panas lakonan Zul Ariffin menerusi drama Perempuan Itu

KUALA LUMPUR – Pelakon kontroversi, Zul Ariffin kini berdepan tindakan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM).

Menterinya, Tan Sri Annuar Musa berkata, buat masa ini, proses undang-undang terhadap pelakon itu sedang berjalan.

“Zul Arifin akan disiasat di bawah Seksyen 233 Akta KMM kerana posting yang menyalahi undang undang. Yang pasti adegan seperti yang dipapar itu tidak dibenarkan ditayangkan, sama ada bulan Ramadan atau bulan yang lain.

“Jagalah nilai dan budaya,” katanya menerusi ciapan di Twitternya hari ini.

Seksyen 233 Akta KKM melibatkan tindakan terhadap seseorang yang secara sedar dengan menggunakan suatu perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi memberikan apa-apa komunikasi lucah bagi maksud komersial kepada mana-mana orang; atau membenarkan suatu perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi di bawah kawalan orang itu untuk digunakan bagi suatu aktiviti yang diperihalkan dalam perenggan (a), melakukan suatu kesalahan.

Jika disabitkan kesalahan akan dedenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

Jumaat lalu, Zul Ariffin atau nama sebenarnya Zulkifli Ariffin, 35, telah memuat naik satu video ke Instagram bagi mempromosikan drama lakonannya iaitu Perempuan Itu yang akan dijangka ditayangkan pada Ramadan nanti.

Tindakan tersebut mengundang pelbagai kritikan oleh pengikutnya yang beranggapan aksi tersebut didakwa menyerupai adegan dalam filem porno selepas melihat Zul Ariffin dan seorang lagi pelakon wanita sedang bermesraan dan dianggap keterlaluan.

Susulan itu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia juga akan memanggil produkKementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM)si drama Perempuan Itu termasuk pelakon utamanya Zul Ariffin dan Siti Hariesa bagi mendapatkan penjelasan berhubung perkara tersebut.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, pihaknya juga akan mengadakan pertemuan dengan K-KOMM bagi membincangkan berkaitan drama terbitan produksi tersebut.

Sementara itu, Zul Ariffin dalam hantaran di Instastoriesnya semalam telah membuat permohonan maaf terhadap video tersebut.

“Dengan hati terbuka, saya ambil maklum di atas semua respons daripada banyak pihak berkenaan klip video yang dipaparkan sebelum ini.

“Saya dengan rendah hati, memohon maaf kepada semua yang terkesan daripada tindakan memuat naik video berkenaan,” tulisnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Comments are closed.