Harga minyak global jatuh susulan China telah menutup seluruh hab kewangannya di Shanghai sehingga mencetuskan kebimbangan mengenai permintaan minyak yang lemah.- Gambar hiasan. Foto Reuters

LONDON – Harga minyak global jatuh susulan China telah menutup seluruh hab kewangannya di Shanghai sehingga mencetuskan kebimbangan mengenai permintaan minyak yang lemah.

Hab kewangan China yang mempunyai jumlah 26 juta pengguna sementara itu memberitahu, semua firma menangguhkan operasi dan mengarahkan kakitangannya bekerja jarak jauh semasa dalam sekatan dua peringkat selama sembilan hari.

Ia sebagai langkah memerangi gelombang baharu jangkitan yang dilaksanakan sudah hampir sebulan.

Rentetan penutupan bandar pengimport minyak terbesar dunia menyaksikan minyak Brent hilang lebih $4.35 kepada $116.33 manakala minyak mentah Amerika Syarikat (AS) kehilangan $4.5 setong, menjadikan harga $109.38 setong.

Walaupun berdepan kejatuhan, harga minyak kekal hampir 80 peratus lebih tinggi berbanding tahun yang sebelumnya selepas perang di Ukraine menaikkan harganya.

Saham dunia bagaimanapun sebahagian besarnya tidak berubah dan masih bertahan untuk menghadapi satu lagi sell-off dalam pasaran utama bon.

Perbendaharaan AS melonjak naik 2.5% buat kali pertama sejak 2019 dan hasil bon dua tahun di Belanda dan Belgium positif buat kali pertama sejak hampir lapan tahun lalu. – Reuters(https://www.reuters.com/business/global-markets-wrapup-1-pix-2022-03-28/)