Kajang Hulu Langat tahfiz centre madrasah bully bullies Mohd Zaid Hassan
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan. PIX: HAFIZ SOHAIMI / MalaysiaGazette / 28 JUNE 2021. Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Mohd Zaid Hassan. Foto HAFIZ SOHAIMI, 28 JUN 2021.

KUALA LUMPUR – Polis sedang mengesan 15 lelaki dipercayai memecah masuk sebuah premis menjual perkakasan komputer dan melarikan barangan berjumlah RM70,000 di Bandar Damai Perdana, Cheras, Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Mohd Zaid Hassan berkata, dalam kejadian pada 6 pagi itu, pengawal keselamatan premis yang terletak di tingkat satu lot kedai itu turut diserang suspek dengan menggunakan kayu besbol.

“Kami menerima laporan mengenai kejadian daripada lelaki berkenaan (pengawal keselamatan) pada 9.35 pagi hari sama.

“Menurut pengadu (pengawal keselamatan) kenderaannya turut dirosakkan oleh suspek ketika dia cuba menghalang mereka daripada melarikan diri selepas mencuri barangan daripada premis berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Zaid berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan iaitu rompak berkumpulan dan jika disabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan sebat.

“Mana-mana individu yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang di talian 03-8911 4222 atau mana-mana balai polis atau Pegawai Penyiasat Insp Muhammad Azrul Nizam Zainal Abidin di talian 016-9985 730 bagi membantu siasatan,” katanya.

Sebelum ini tular dua video menerusi laman sosial menunjukkan sekumpulan lelaki yang menaiki beberapa kenderaan memecah masuk sebuah premis. – Bernama