Penyanyi nasyid dan komposer, Yassin Sulaiman mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menanam 17 pokok ganja di kediamannya di Kota Damansara pada 21 Mac lalu.
Beliau yang berusia 47 tahun dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Petaling Jaya pagi tadi.
Sebelum ini, pada 24 Mac lalu, dalam operasi yang dibuat, polis menemui pokok ganja yang ditanam dalam pasu di salah sebuah bilik dan balkoni.