Sebuah lori kontena membawa muatan kertas kitar semula hilang kawalan dan terbabas atas jejambat sebelum kontena terjatuh bawah dan menghempap dua lagi lori kontena atas jalan dalam kejadian 2.30 petang tadi di Pelabuhan Klang.

KUALA LUMPUR – Sebuah lori kontena hilang kawalan dan terbabas di atas jejambat menyebabkan kontena yang dibawanya terjatuh daripada jejambat itu dan menghempap dua lori kontena yang berada di bawah.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata insiden itu berlaku sekitar jam lebih kurang 2.30 petang tadi di Susur Laguna ke Pulau Indah, Klang.

Ketua Polis Daerah Klang, Selatan Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, dalam insiden jam lebih 2.30 petang tadi di Susur Laguna ke Pulau Indah, Klang, tiga buah lori kontena mengalami kerosakan.

“Hasil siasatan awal mendapati, kemalangan berlaku semasa lori kontena jenama Scania sedang dari arah jejambat Westport menuju ke Lebuh Raya Klang Selatan (SKVE).

Sebuah lori kontena membawa muatan kertas kitar semula hilang kawalan dan terbabas atas jejambat sebelum kontena terjatuh bawah dan menghempap dua lagi lori kontena atas jalan dalam kejadian 2.30 petang tadi di Pelabuhan Klang.gambar ihsan netizen

“Apabila sampai di lokasi kejadian, lori Scania itu tiba-tiba hilang kawalan lalu terbabas di atas jejambat dan muatan kontenanya telah jatuh ke bawah susur jalan dan menghempap dua lagi kenderaan lori kontena yang melalui jalan bawah jejambat itu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Kemalangan tersebut menyebabkan kesesakan teruk di Lebuh Raya Klang Utara menuju ke Pelabuhan Barat, Pelabuhan Klang.

Menurut Hoong Fong, kontena dengan muatan kertas kitar semula yang terjatuh daripada lori terbabas itu telah pecah manakala dua lagi lori yang berada di bawah jejambat rosak teruk di bahagian kepala sementara kontena muatan sarung tangan milik salah satu lagi lori turut mengalami kerosakan.

“Pemandu lori yang terbabas di atas jejambat bernama Saiddashim Salim berusia 37 tahun mengalami kecederaan ringan manakala pemandu lori yang membawa muatan sarung tangan iaitu Mohd Mujibur Rahman Yusuf berusia 29 tahun dan pemandu lori ketiga yang turut rosak dalam insiden semuanya dikejarkan ke hospital berhampiran untuk rawatan lanjut,” ujarnya.

Hoong Fong berkata, pemandu lori kontena yang terbabas telah dibawa ke Balai Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang selatan untuk siasatan lanjut dan proses merakam percakapan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, katanya. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast