Kakitangan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan, Jabatan Pendaftaran Negara (JPM) membawa lapan warganegara Filipina atas kesalahan menggunakan kad pengenalan palsu serta kad pengenalan milik orang lain sebagai pengenalan diri ketika dihadapkan ke Kompleks Mahkamah Shah Alam, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 08 APRIL 2022.

SHAH ALAM – Lapan pengawal keselamatan warga Filipina mengaku bersalah atas tuduhan menggunakan kad pengenalan  milik orang lain dan palsu.

Kesemua warga negara berkenaan dituduh secara berasingan di Mahkamah Majistret 1, 2 dan 6, hari ini.

Mereka adalah Adzhar Tadjamon (OKT 1); Alim Aunal (OKT 2); Jasim Alano (OKT 3); Asmie Rody (OKT 4); Halid Janul Sallani (OKT 5); Abu Bakar Mausil (OKT 6); Imboy L Insung (OKT 7) dan Abdul Munir Asnan (OKT 8).

Mereka dituduh di bawah Peraturan 25(1)(e) PPPN 1990 (Pindaan 2007).

Adzhar, Alim  dan Jasim masing-masing berusia antara dihukum penjara empat bulan.

Asmie pula dipenjarakan selama sembilan bulan, Halid enam bulan penjara manakala 12 bulan penjara untuk Abu Bakar , Imboy dan Abdul Munir.

Terdahulu, kesemua tertuduh hadir di Mahkamah Majistret hari ini tanpa diwakili peguam.

Sebagai rekod, semua tertuduh yang bekerja sebagai pengawal keselamatan mendakwa membeli kad pengenalan palsu daripada ejen dengan harga antara RM500 hingga RM800 setiap satu.

Pengakuan itu didedahkan mereka sendiri ketika disoal siasat anggota penguat kuasa Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dalam satu operasi dijalnkan di sekitar Shah Alam yang diadakan pada Khamis.

Mereka ditahan susulan operasi serentak di tiga lokasi termasuk satu fasiliti sukan sekitar Shah Alam, Selangor antara jam 10 pagi hingga 12 tengah hari.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast