Hantaran Instastory yang ditulis Kenny Pallraj.

KUALA LUMPUR – Pemain tengah KL City, Kenny Pallraj yang dilayangkan kad merah akibat menampar kepala Leandro Velazquez ketika menentang Johor Darul Ta’zim mencetuskan kontroversi baharu apabila meluahkan kemarahannya di laman media sosialnya selepas perlawanan tersebut.

Pemain kelahiran Ipoh yang jelas tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil dalam aksi kelmarin berkata, bola sepak negara ini masih dijajah walaupun negara sudah lama merdeka.

Gara-gara hantarannya itu, Kenny berkemungkinan dikenakan tindakan kerana mengeluarkan kritikan secara terbuka walaupun tidak menyebut nama mana-mana pihak.
Kelmarin, dalam perlawanan Liga Super antara KL City FC dan Johor Darul Takzim (JDT) menyaksikan beberapa insiden panas berlaku dalam 90 minit masa permainan.
Satu kad merah dan tujuh kad kuning dilayangkan dalam aksi kedua-dua pasukan itu, dengan tuan rumah menerima satu kad merah melalui Kenny dan enam kad kuning, manakala JDT hanya menerima satu kad kuning

Dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras itu, pelawat mendahului pada minit ke-18 melalui jaringan pemain Argentina, Fernando Forestieri.

Bersambung babak kedua, JDT menambah dua jaringan menerusi penyerang berbisa, Bergson da Silva pada minit ke-62 dan minit akhir perlawanan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast