Mayat lelaki warga emas ditemui dalam keadaan mereput berhampiran kebun jambu di Taman Kaya Simpang, Taiping.

TAIPING – Tiada unsur jenayah dalam penemuan mayat lelaki dalam keadaan mereput berhampiran sebuah kebun jambu di Taman Kaya Simpang pada Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat berkata, pihaknya mendapat panggilan berhubung penemuan mayat itu pukul 6.45 petang sebelum sepasukan polis dikerahkan ke lokasi bagi menjalankan siasatan.

“Sebaik tiba di lokasi pihak polis mendapati mayat mangsa sudah  mereput dan berada dalam keadaan terlentang di tepi pagar kebun jambu itu.

“Selain itu, berdasarkan keterangan saksi mangsa mempunyai masalah mental dan dipercayai cuba memanjat masuk kebun tersebut.

“Pemeriksaan lanjut mendapati tiada sebarang unsur jenayah pada tubuh mangsa,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Difahamkan, mangsa kali terakhir dilihat pada 30 Mac lalu sebelum dikejutkan dengan penemuan mayatnya.

Tambah beliau, mayat mangsa dihantar ke Hospital Taiping untuk proses bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. – MalaysiaGazette