Pembentangan pindaan Perlembagaan di Dewan Rakyat hari ini telah menyatukan suara barisan wakil rakyat kerajaan dan pembangkang. Masing-masing sebulat suara bersetuju terhadap pindaan yang diusulkan bagi membolehkan Rang Undang-Undang Anti Lompat Parti dibentangkan Julai ini.