Petugas Kesihatan mengendalikan seorang jenazah pesakit Covid-19 untuk dikebumikan berikutan kes harian di Malaysia semakin meningkat dengan gelombang varian Omicron ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN, 17 FEBRUARI 2022.

KUALA LUMPUR – Angka kematian akibat Covid-19 meningkat kepada 35,363 dengan 22 kes terbaharu setakat tengah malam tadi.

Pertambahan itu termasuk lima kes kematian di luar hospital.

Selangor merekodkan tujuh kes kematian diikuti Melaka dan Perak masing-masing tiga kes.

Manakala Johor, Kedah dan Pahang masing-masing dua kes.

Masing-masing satu kes dilaporkan di Kuala Lumpur, Kelantan dan Sabah.

Kementerian Kesihatan Malaysia, sebanyak 10,052 kes Covid-19 dilaporkan semalam.

Dalam tempoh yang sama sebanyak 2,599 kes masih dirawat di hospital termasuk 161 di unit rawatan rapi.

Daripada jumlah itu 99 kes memerlukan alat bantuan pernafasan. – MalaysiaGazette