Home Nasional Cabutan WOW! Kini Kembali Lagi!

Cabutan WOW! Kini Kembali Lagi!

Sempena meraikan sambutan Jubli Perak 25 Tahun, PTPTN turut membawakan bersama kempen Cabutan WOW! 25 Tahun PTPTN yang menawarkan hadiah lumayan berjumlah hampir RM1 Juta.

Cabutan ini terdiri daripada tiga kategori iaitu Cabutan Tahunan Jubli Perak, Cabutan Khas Babyku Simpan dan Cabutan Siri.

Hadiah utama bagi Cabutan Tahunan Jubli Perak berupa kereta Mercedes-Benz A250 AMG Line. Hadiah kedua wang tunai bernilai RM100,000. Hadiah ketiga pula wang tunai RM50,000. Manakala hadiah saguhati berupa motosikal Honda Dash 125 menanti 22 pemenang.

Selain itu, bagi Cabutan Khas Babyku Simpan, hadiah yang ditawarkan adalah wang tunai berjumlah RM250,000 yang menanti kepada 250 pemenang.

Manakala hadiah bagi Cabutan Siri pula berupa wang tunai hampir RM200,000 disediakan untuk 75 pemenang.

Tempoh promosi bermula 1 Januari hingga 31 Disember 2022 bagi Cabutan Tahunan Jubli Perak dan Cabutan Khas Babyku Simpan manakala bagi Cabutan Siri bermula 1 April hingga 31 Disember 2022.

Untuk menyertai kempen ini, pendeposit hanya perlu membuat simpanan bersih serendah RM50 dalam tempoh promosi untuk melayakkan mendapat cabutan.

Maklumat lanjut layari https://www.ptptn.gov.my/myptptn/

#LoveSSPN
#PeluangKejayaanAnda

*Tertakluk terma dan syarat