Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hassan memngamimkan doa pada Majlis Berbuka Puasa UMNO di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). Foto AMIRUL SHAUFIQ, 14 APRIL 2022

KUALA LUMPUR – Keputusan sebulat suara Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO menamakan Datuk Seri Ismail Sabri sebagai calon Perdana Menteri Barisan Nasional (BN) bagi PRU-15 jelas membuktikan kepimpinan parti bersatu padu dan tidak ada perpecahan dalam MKT.

Dengan ini memudahkan tugasan pimpinan parti untuk merencanakan halatuju negara demi kestabilan dan kesinambungan dasar dasar negara agar kesejehateraan dan keharmonian rakyat terus terbela di bawah BN, kata Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan.

Sambil menzahirkan terima kasih kepada Presiden dan Timbalan Presiden UMNO, beliau berkata, Datuk Seri Ahmad Zahid dan Datuk Seri Mohamad Hasan telah beberapa kali berjiwa besar dalam membuat keputusan demi negara.

Biar diserang kiri kanan, kedua-dua tokoh ini tetap komited memastikan BN meneruskan agenda membantu dan membela nasib rakyat, ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast