repatriation mission malaysians New Delhi Mumbai India Covid-19
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Siasatan Dalaman Kementerian Luar Negeri (KLN) telah mengenal pasti individu yang disyaki membuat rakaman suara mengandungi tuduhan tidak berasas berhubung kementerian itu baru-baru ini.

Menurut kenyataan Wisma Putra, individu tersebut telah dipanggil untuk membantu siasatan.

Katanya, individu terbabit mengakui rakaman suara itu dibuat beliau bersama seorang individu bergelar ‘Datin.’

“Hasil siasatan telah mengenalpasti ‘Datin’ berkenaan adalah seorang pegawai kepada bekas Menteri Luar Negeri sebelum pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan atau pun kerajaan Perikatan Nasional,” kata kenyataan kepada media hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, memandangkan laporan polis sudah dibuat 11 April lalu dan turut melibatkan individu di luar kementeriani maka Laporan Siasatan Jawatankuasa Siasatan Dalaman Kementerian Luar Negeri akan diserahkan kepada polis untuk  tindakan sewajarnya. – MalaysiaGazette