Pengunjung menyelamatkan diri di kawasan parkir selepas berlaku tembakan di Columbiana Centre Mall. Foto AP

CAROLINA – Seramai 12 orang cedera, 10 daripadanya terkena tembakan di dalam sebuah pusat beli-belah di Columbia, dekat Carolina Selatan.

Setakat ini tiga orang telah ditahan polis.

Ketua Polis Columbia, William Holbrook berkata, kejadian tembakan di Columbiana Center Mall itu tidak berpunca daripada “konflik” dalam kalangan sekumpulan individu bersenjata yang mengenali antara satu sama lain.

Bagaimanapun, butiran mengenai insiden itu masih tidak jelas, katanya.

Tiada seorang pun yang dilaporkan maut dalam kejadianyang berlaku kira-kira jam 2 petang waktu tempatan.

Tetapi 10 orang telah terkena tembakan dan lapan daripada mereka telah dihantar ke hospital.

Daripada jumlah itu, dua disenaraikan dalam keadaan kritikal tetapi stabil dan enam dalam keadaan stabil, kata Holbrook pada taklimat berita.

Mangsa tembakan berusia antara 73 hingga 15 tahun, katanya.

Dua orang lagi cedera dalam “rempuhan” orang ramai yang berlari untuk menyelamatkan diri.

Sekurang-kurangnya tiga orang didapati telah membawa senjata api di dalam pusat beli-belah itu dan sekurang-kurangnya seorang daripada mereka benar-benar melepaskan senjata, kata Holbrook.

Tiga individu ditahan berhubung kejadian tembakan itu, katanya. – Reuters (https://www.reuters.com/world/us/injuries-reported-shooting-mall-columbia-south-carolina-2022-04-16