Ahmad Maslan

 

KUALA LUMPUR – Datuk Ahmad Maslan secara sinis bertanya kepada Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang sejak bila Gabungan Parti Sawarak mengisytiharkan meereka sebahagian daripada Perikatan Nasional.

Persoalan itu dibuat selepas Abdul Hadi menyatakan Kerajaan Pusat hari ini menerajui 70 kerusi di bawah PN.

”..didominasi 70 kerusi PN dan gabungannyaā€¯ Ia ke? #JomBelajarMatematik. Cuba kira: PPBM 31 + Pas 18 + Star 1 = baru 50.

”Sejak bila GPS 18 istiharkan sebahagian dari PN?,” kata Setiausaha Agung UMNO itu.

Beliau mengulas kenyataan Abdul Hadi yang berkata, Pas akan membincangkan mengenai lanjutan memorandum persefahaman yang dimeterai oleh perdana menteri walaupun Datuk Seri Ismail Sabri akur dengan keputusan UMNO agar ia tidak diteruskan.

Menurut pemimpin Pas itu, perbincangan akan dibuat kerana kerajaan sekarang didominasi oleh PN.

Semalam, Hadi dilaporkan berkata PAS akan mengadakan perbincangan sama ada setuju untuk melanjutkan memorandum persefahaman (MOU) yang dimeterai Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dan PH, yang akan tamat pada 31 Julai ini.

Mengulas lanjut, Ahmad menerangkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang ada 31 kerusi itu pun terdiri daripada 15 kerusi UMNO/Barisan Nasional dan 10 bekas Parti Keadilan Rakyat.

”Sebenar PN ialah PPBM yang bukan pelompat cuma 6 kerusi sahaja, 18 Pas dan 1 Star. Baru 25, bukan 70. Kan gitu?,” soalnya lagi. – MalaysiaGazette