KUALA LUMPUR – Perdana Menteri menyifatkan pemergian Allahyarham Tan Sri Ali Hamsa satu kehilangan besar buat negara kerana telah berjasa dan berbakti selama berkhidmat.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Allahyarham merupakan mantan Ketua Setiausaha Negara dan seorang tokoh pentadbir perkhidmatan awam yang amat disegani serta dihormati sewaktu dalam perkhidmatan.

Beliau mewakili Keluarga Malaysia menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham Tan Sri Ali Hamsa yang meninggal dunia pagi tadi sambil mendoakan semoga mereka sabar serta tabah menghadapi dugaan ini.

”Mewakili Keluarga Malaysia, saya mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham dan mendoakan semoga mereka sabar serta tabah menghadapi dugaan ini.

”Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat Allah swt dan ditempatkan bersama para solihin. Al-Fatihah,” katanya dalam satu kenyataan di sini. – MalaysiaGazette