Elon Musk. Foto Reuters

CALIFORNIA – Lembaga Twitter telah bersetuju dengan tawaran pengambilalihan berjumlah AS$44 bilion daripada jutawan Elon Musk.

Musk, yang membuat bidaan mengejut itu kurang daripada dua minggu lalu berkata, Twitter mempunyai potensi besar menarik minatnya.

Beliau juga menggesa perubahan dilakukan dari aspek kelonggaran sekatan kandungannya untuk menangani akaun palsu.

Twitter pada mulanya menolak tawaran Musk, tetapi ia kini akan meminta pemegang saham mengundi untuk meluluskan perjanjian itu.

Musk adalah individu terkaya di dunia, menurut majalah Forbes, dengan anggaran nilai bersih aset AS$273.6 bilion, kebanyakannya disebabkan pegangan sahamnya dalam pembuat kenderaan elektrik Tesla yang menjadi miliknya.

Beliau juga mengetuai firma aeroangkasa SpaceX.

Musk sebelum ini menyatakan hasrat untuk memiliki Twitter kerana ia adalah platform kebebasan bersuara yang menjadi asas kepada demokrasi.

Selain itu Twitter ialah dataran bandar digital penting untuk masa depan manusia,” katanya Musk dalam satu kenyataan ketika mengumumkan perjanjian itu.

Beliau turut berikrar mahu menjadikan Twitter lebih baik daripada sebelumnya dengan mempertingkatkan produk tersebut dengan ciri baharu, menjadikan algoritma sumber terbuka.

“Twitter mempunyai potensi yang sangat besar – saya berharap dapat bekerjasama dengan syarikat dan komuniti pengguna,” ujarnya. – BBC (https://www.bbc.com/news/business-61222470)