Abdul Khalid Ibrahim

KUALA LUMPUR – Keadaan kesihatan bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dilaporkan dalam keadaan membimbangkan.

Menurut pentadbir Facebook rasmi Abdul Khalid, bekas pemimpin PKR tersebut telah dimasukkan ke sebuah hospital swasta  beberapa hari lalu selepas mendapat jangkitan kuman

“Hari ini kami para pegawai Tan Sri Abdul Khalid telah dibenarkan menziarahi beliau di hospital.

“Meskipun stabil, kami merasakan keadaan beliau agak membimbangkan.

“Kami pohon agar rakan-rakan semua mendoakan agar kesihatan beliau pulih seperti sediakala serta segala urusan perubatannya dipermudahkan Allah SWT. Sekian, terima kasih,” katanya.

Abdul Khalid dilantik menjadi Menteri Besar Selangor dan secara rasminya beliau mengangkat sumpah bermula 13 Mac 2008 di Istana Bukit Kayangan,Shah Alam,Selangor.

Beliau merupakan orang pertama yang bukan mewakili parti komponen Barisan Nasional untuk dilantik menjadi Menteri Besar Selangor.

Pada 2004 Abdul Khalid dipecat daripada PKR dan beliau  mendakwa diambil tindakan tersebut kerana keengganannya menggunakan wang kerajaan negeri untuk kepentingan parti. – MalaysiaGazatte