Reezal Merican (dua dari kiri) menyampaikan bingkisan raya serta makanan untuk bersahur kepada pasukan polis di Balai Polis Kepala Batas, Pulau Pinang hari ini.

KEPALA BATAS –  Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican meneruskan tradisi menghargai pengorbanan pasukan polis dan bomba yang sibuk menjalankan tugas menjaga kesejahteraan orang awam pada musim perayaan.

Menurut beliau, tidak dilupakan juga wira oren iaitu petugas kebersihanan yang turut berkorban masa bersama keluarga demi memastikan kebersihan kawasan setempat terjaga.

“Program jelajah sahur ini merupakan tradisi di Kepala Batas sejak lapan tahun lalu namun dua tahun lepas kita tidak dapat laksanakan akibat kekangan pandemik Covid-19.

“Kita ingin membawa mesej disebalik semua umat Islam  merayakan sambutan Aidilfitri ini, jangan lupa ada wira-wira yang berada disebalik perasaan gembira kita iaitu mereka yang tidak didendangkan antaranya wira biru, polis, wira merah bomba dan tidak ketinggalan wira oren.

“Ramai yang tidak ambil peduli kumpulan ini tambah-tambah wira oren yang kerja membesihkan sisa lebihan daripada kebiasaan. Tanpa wira oren ini kehidupan kita juga tidak akan berada dalam keadaan baik,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas bersahur bersama pasukan keselamatan tersebut di Balai Bomba Kepala Batas di sini hari ini.

Hadir sama, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Mohd Radzi Ahmad dan  Pengarah Bomba dan Penyelamat negeri, Saadon Moktar.

Konvoi Kembara Sahur kali ini menjelajah ke 15 lokasi Balai Polis dan Balai Bomba serta Komuniti Rukun tetangga di Seberang Perai Utara. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast