Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak. foto MOHD ADZLAN, 08 NOVEMBER 2020. senior judge sexual harassment naked
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak. foto MOHD ADZLAN

KUALA LUMPUR – Gua lelaki mengalami kecederaan selepas terlibat dalam pergaduhan di sebuah rumah di Jalan Bukit Mulia, Bukit Antarabangsa, di sini, semalam

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung insiden tersebut pada jam lebih 12.25 tengah malam tadi.

“Bertindak atas maklumat, sepasukan polis telah tiba ke lokasi kejadian sebelum siasatan mendapati lapan lelaki sedang bertengkar dan dua daripadanya telah mengalami kecederaan.

“Polis telah menahan kesemua individu yang terlibat dalam pergaduhan itu yang berusia lingkungan 20 hingga 25 tahun itu di lokasi,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut beliau, kesemua suspek telah dibawa ke balai polis Hulu Klang untuk tindakan lanjut.

Mohamad Farouk berkata, siasatan mendapati punca kejadian adalah disebabkan oleh salah faham berkenaan kehilangan beg sandang milik salah seorang suspek.

“Ketika perbincangan berlaku tiba-tiba pergaduhan tercetus dalam kalangan kumpulan lelaki terbabit. Polis telah mereman tiga suspek selama empat hari bermula semalam hingga Isnin bagi membantu siasatan.

“Manakala baki lima lagi lelaki telah diambil keterangan dan dibebaskan dengan jaminan polis sementara kes sedang disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan dan kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan lanjut,” ujarnya.-MalaysiaGazette